Troubleshoot - 550 5.7.1 RESOLVER.RST.AuthRequired; authentication required

Macamana nak fix error ini; “550 5.7.1 RESOLVER.RST.AuthRequired; authentication required”?

Error ni berlaku selepas saya cuba menghantar email menggunakan external mail account (akaun gmail) ke salah satu Distribution Group dalam organisasi saya tetapi ianya gagal diterima oleh ahli-ahli di dalam group tersebut. Setelah di analisa dan di teliti, masalah ini ada kaitan dengan ‘authentication’ yang bermaksud Distribution Group tersebut hanya menerima/membenarkan email daripada ahli-ahli yang diauthenticated sahaja(yang ada account dalam organisasi saya sahaja). Dengan erti kata yang lain, external e-mail memang tak boleh nak hantar e-mail ke Distribution Group ni.

Ini merupakan default setting apabila setiap kali kita mewujudkan Distribution Group yang baru. Ianya bertujuan untuk menghalang aktiviti spamming ke dalam organisasi kita sekiranya spammer tahu alamat e-mail Distribution Group itu. Jadi, sekiranya kita masih ingin membenarkan external e-mail dihantar ke Distribution Group tersebut, ianya boleh selesaikan dengan disablekan

Caranya:

1. Login ke Exchange server anda dan buka Exchangement Management Console.

2. Cari Distribution Group yang berkaitan.

3. Right Click dan pilih Properties.
1

4. Klik pada tab Mail Flow Settings dan double click pada Message Delivery Restrictions.
2

5. Pada Message Delivery Restrictions box, uncheck the Require that all senders are authenticated check-box.
3

6. Akhir sekali, klik OK untuk simpan perubahan yang dilakukan.

Comments